Loading...
Madrasah Tahfiz Taufiqillah
Sumbangan
Icon

Tahfiz

Pengajian di MTT mengambil masa selama tiga hingga lima tahun mengikut kemampuan seseorang pelajar. Sijil Syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya lulus peperiksaan akhir (Syahadah) pada bulan Disember.
Peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Naznirah – Pelajar akan didedahkan kepada keadah membaca Al-Quran dengan Tajwid yang betul dan berfokuskan pada kelancaran membaca.
  • Penghafazan – Pelajar akan memulakan penghafazan Al-Quran bermula dari juzuk 30 hingga ke juzuk 27. Seterusnya ianya bermula dari juzuk pertama hingga juzuk akhir.
  • Vokasional – Pelajar juga diberikan latihan dan pengetahuan dalam bidang vokasional yang diharapkan dapat membantu mereka selepas tamat pengajian. Antara kursus vokasional yang ditawarkan adalah kemahiran kulinari yang dijayakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Darulaman.


  •   Kursus ini akan mendedahkan pelajar dengan pengetahuan kulinari di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman.

    Minat saya yang mendalam untuk mempelajari dan menghayati Al Quran menyebabkan saya tertarik untuk memilih MTT….

    Kami menyediakan pendidikan Tahfiz demi masa depan generasi muda Islam Malaysia.

    Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 6 hingga 13 tahun.
  • Mempunyai daya ingatan yang kuat, minat dan kesungguhan terhadap Al-Quran.
  • Boleh membaca Al-Quran dengan lancar.
  • Boleh membaca, menulis jawi dan rumi.
  • Tamat belajar tahun enam.
  • Berakhlak mulia dan mendapat persetujuan ibubapa atau penjaga.
  • Lulus temuduga oleh pihak MTT.
  •   Pelajar akan mengikuti kelas hafazan dan agama pada hari Sabtu hingga Khamis. Hari Jumaat merupakan hari cuti dan waris dibenarkan melawat dan berjumpa dengan pelajar.

    Kami menyediakan pendidikan Tahfiz demi masa depan generasi muda Islam Malaysia.

    Bilangan Pelajar

      Pengambilan pelajar baru adalah terbuka kepada semua yang berkelayakan dari seluruh negara. Sehingga kini, jumlah pelajar di MTT adalah seramai 70 orang iaitu 54 lelaki dan 16 perempuan. Pelajar-pelajar dikehendaki membayar yuran bulanan sebanyak RM200 bagi menampung makan, minum, asrama dan kemudahan yang disediakan oleh pihak MTT. Hampir 70 peratus daripada mereka mendapat penajaan sepenuhnya dari MTT dari segi yuran pengajian dan perbelanjaan harian. Mereka terdiri daripada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dari segi kewangan, anak-anak yatim, anak fakir miskin, asnaf dan muallaf. InsyaAllah, untuk jangkamasa akan datang, pihak MTT bercadang untuk menerima pelajar dari luar negara.

    Kami menyediakan pendidikan Tahfiz demi masa depan generasi muda Islam Malaysia.