MTT dibangunkan di tanah yang berkeluasan lebih kurang tiga ekar. Sebahagian daripadanya adalah sumbangan oleh pengasas dan keluarganya. Kemudahan yang terdapat di Madrasah ini adalah seperti berikut:
Ianya digunakan untuk solat berjemaah, program pengajian pelajar lelaki, majlis taklim, muzakarah, muhasabah pelajar dan lain-lain.
Madrasah Tahfiz Taufiqillah membuat sebuah balai kecil untuk dijadikan kelas. Balai ini hampir mirip balai2 untuk kelas alim di dayah2 seluruh Acheh.
Bengkel in digunakan oleh staf dan pelajar untuk aktiviti kulinari.
Urusan bersama pelajar dan waris diadakan.
Berkapasiti 60 orang dan menempatkan kesemua pelajar lelaki.
Berkapasiti 30 orang dan menempatkan kesemua pelajar wanita.
Dwan terbuka ini berkapasiti 60 orang.
Bilik ini berfungsi sebagai stor dan pelbagai guna.
Terdapat 4 unit kuarters staf.
MTT mempunyai dua van untuk kegunaan pelajar dan staf.
Disebelah pejabat MTT terdapat sau unit chalet yang berfungsi sebagai rumah tetamu.
Disini terdapat peralatan untuk memproses pembotolan madu kelulut. Pihak MTT juga membuka kaunter jualan madu kelulut disini.
Mudir dan keluarga menetap disini bagi memudahkan urusan operasi MTT.
Pihak MTT mengusahakan hamper 200 sarang kelulut dimana hasil jualannya digunakan untuk menampung kos operasi.
Semenjak penubuhannya pada Oktober 2013, MTT masih tidak mempunyai dewan pembelajaran yang sempurna disebabkan sumber kewangan yang terhad. Namun begitu, setelah meneliti keperluan dan kelancaran proses pengajaran, MTT berhasrat untuk membina sebuah dewan serbaguna dua tingkat. Di tingkat bawah terdapat dewan yang akan dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara, manakala bilik kuliah, dewan tarannum dan qiraat, serta bilik guru akan di tempatkan di tingkat atas. Dewan ini juga akan berfungsi sebagai pusat kemasyarakatan setempat.
Dewan ini juga boleh digunakan oleh orang awam terutama golongan dewasa dan warga emas bagi mengikuti kelas pengajian Al-Quran. Pihak MTT sedang berusaha mengumpul dana untuk memulakan pembinaan dewan serbaguna ini dan amat-amat berharap sumbangan atau wakaf dari tuan puan sekalian.
Pihak MTT telah berjaya mendapatkan sumbangan dari orang ramai untuk menyediakan tapak pembinaan pada tahun 2020. Terima kasih diucapkan kepada yang menyumbang.
Pembinaan dewan akan bermula apabila kutipan sumbangan dana mencukupi untuk menyiapkan struktur asas bangunan. Angaran dana yang diperlukan berjumlah RM1.5 juta.